OVER MY DEAD BODY
14 May 2014 at 03:42
OVER MY DEAD BODY
OVER MY DEAD BODY
"Over my dead body" is an English expression meaning there is absolutely no way a person will allow something.
Ungkapan ini lebih kepada membawa maksud selagi hidup, seseorang tu takkan membenarkan sesuatu perkara itu terjadi. Sebagai contoh selagi aku hidup aku takkan benarkan tanah itu dijual. Bukan tuan punya badan tu suruh langkah mayat dia bila dia mati.
Sekarang dirata-rata fb, perkataan ini dibuat bahan lawak utk ditujukan kepada mendiang tokoh DAP yg baru meninggal dlm kecelakaan jalan raya.
Cuba fikirkan sekejap dari perspektif keluarga beliau, walaupun anda membenci beliau kerana perbezaan politik, takkan benda2 camni nak dibuat bahan jenaka. Be matured. Sensitive lah sikit. Kaum keluarga tengah bersedih, kita jangan buat lawak menggunakan ayat2 yg pernah diungkapkan oleh mendiang atau dgn foto mendiang.
Islam tak mengajar begini, sedangkan kalau ada kucing mati pun setengah org boleh bersedih sampai menangis2. Roda hidup berputar ok. Jangan letakkan diri ditempat yg tak sepatutnya. Hormatilah yg sepatutnya hormati. Gain respect by giving respect. Bukan semua benda boleh dipolitikkan.
Kalau kita nak kata pihak satu lagi buat, takkan kita pun nak buat. Apa beza kita dgn pihak yg lain tu? Takkan kita nak letakkan diri serendah tu? Tunjukkan kita lebih baik dari pihak lain.
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
-PrinceJebat-
No comments:
Post a Comment