Hari ini Admin nak ajak semua membaca sedikit.
Admin teringat satu kisah yang selalu diceritakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Admin pasti ramai yang ingat kisah ini.
------------------
Kisah benar ini berlaku satu petang dalam September 1953 di sebuah gerai di kampung bernama Ujong Batu Bagan Dalam,Pulau Pinang. Pada masa itu orang akan menyeberangi sungai menggunakan sampan ke Prai untuk menaiki keretapi ke Kuala Lumpur. Dan kebiasaannya mereka akan berhenti di gerai minum untuk melepaskan lelah.
Pada petang itu , seorang lelaki berpakaian 'bush jaket' dan bersongkok duduk dan berbual-bual dengan pemilik gerai bersama tiga tetamu lain.
Sambil menghirup kopi, beliau berjenaka untuk menggembirakan semua orang dan bercakap mengenai keadaan politik ketika itu sebelum meminta diri dan menaiki sampan untuk meneruskan perjalanannya.
Siapakah lelaki itu?
Beliau tidak lain adalah Tunku Abdul Rahman. Tunku pada masa itu, telah menjadi Presiden Umno . Beliau telah dilantik Ketua Menteri pada tahun 1955 dan kemudian menjadi Perdana Menteri pada Ogos 1957.
Dan siapakah pemilik gerai itu?
Beliau adalah Yakcop bin Mydin, Allahyarham ayahanda Tan Sri Nor Mohamed
Sejak dari hari itu beliau akan bercerita mengenai kisah Tunku Abdul Rahman telah singgah di gerai beliau kepada semua pelanggan, kadang-kadang berulang-ulang kali.
"Sepanjang sembilan tahun perkhidmatan saya sebagai menteri dari Januari 2004 hingga Mac 2013, saya sering pergi ke Ujong Batu untuk majlis-majlis rasmi dan setiap kali itu juga lah saya teringat kisah ayah saya itu.
Setiap kali itu juga, saya terfikir 'Adakah pernah terlintas ayah saya bahawa anaknya ini, yang ketika itu berusia enam tahun, akan menjadi menteri satu hari nanti?'
Pada zaman itu, harapan seorang bapa untuk anak-anaknya hanyalah menjadi seorang guru, kerani atau pembantu hospital.
Apabila Perdana Menteri, pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik saya menjadi seorang menteri, ia adalah sesuatu yang saya tidak pernah bayangkan boleh berlaku walaupun di dalam mimpi saya"
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selalu mengingatkan semua agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-nikmat yang Allah telah dilimpahkan kepada negara ini dan sentiasa menghargai titik peluh dan air mata nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia dan membina negara tercinta kita ini.
---------------
Sumber :
Nor Yakcop – the perfect host
Azman Ujang 15 July 2013
http://www.thesundaily.my/node/213841
Edit dan alih bahasa: Admin (PJ)
No comments:
Post a Comment