Thursday, 22 May 2014

Hari Ibu.

Hari Ibu.

14 May 2014 at 03:56

Hari Ibu.
---------

Sempena hari ibu hari ini dimerata tempat org mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Tetapi ada seorang ustaz celebriti yg keluarkan kenyataan sambutan hari ibu adalah berkaitan ibu gereja atau mother church.

Bukan niat saya nak pertikai kenyataan seorang Ustaz. Ini adalah pendapat saya semata mata.

Artikel Mothers Day wikipedia menyebut hari ibu yg disambut adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan hubungan keibuan.Mothers Day bermula pada awal kurun ke 20 di US dan tiada kaitan dgn Cybele oleh Greek, sambutan Hilaria oleh Roman dan sambutan Mothering Sunday oleh Kristian yg telah disambut beribu tahun lampau. Perlu diketahui Mothering Sunday adalah sambutan mother church dan sesetengah negara seperti UK sambutan Mothering Sunday diringkaskan ke sebutan Mothers Day.

Sambutan hari ibu dan hari ibu gereja adalah dua sambutan yg tetap berbeza walaupun di setengah negara seperti UK ianya disambut seperti hari ibu biasa.

Ada juga orang mengatakan tak perlu hari ibu kerana islam menuntut kita mengingati ibubapa setiap hari.

Dalam hal ini pendapat saya, kita mengingati ibubapa setiap hari malah kita doakan ibubapa 5 kali sehari didalam doa selepas solat. Ada perbezaan antara mengingati dan menyambut sehari yg istimewa bersama ibu. Setengah org tinggal jauh dari ibu, setengah pula setiap waktu sibuk bekerja. Jadi sekurangnya dengan ada sambutan hari ibu, org sebegini akan cuba mencari masa utk dihabiskan bersama dgn ibu.

Walau apapun pendapat, bagi saya, kita di Malaysia, menyambut hari ibu sebagai hari menghargai jasa dan pengorbanan ibu sepertimana juga dgn hari lahir kita. Kita disini menyambut utk ibu kita sendiri dan bukan kerana mengikuti sambutan agama lain. Kita sambut dgn cara kita sendiri dan tidak mengikuti cara mana2 agama. Dgn menyambut hari ibu kita tidak naik saksi dgn ketuhanan agama lain. Selagi apa yg kita buat tak menyalahi syariat dan membatalkan akidah selagi itu sambutlah bersama ibu tercinta.

SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu dan bakal ibu ibu.-jebatsobri-

No comments:

Post a Comment