Thursday, 22 May 2014

Blue Wave Army.

Blue Wave Army.

14 May 2014 at 03:41

Blue Wave Army.

Tiba tiba selepas Dato Ahmad Maslan sebut nak tubuhkan Blue Wave Army (BWA), fb dipenuhi dgn groups dan pages yg menggunakan nama tersebut. Malah ada juga yg mengaku page mereka disupport oleh kementerian.

Pada pendapat sy, apa yg Dato Ahmad Maslan sebut tu sebenarnya, kita terus gunakan nama asal kita utk jadi cytro yg pro BN utk menangkis setiap fitnah RBA, bukan tubuhkan satu group khas yg menggunakan nama BWA atau meng'add' org dalam satu group khas. Sepertimana RBA, identiti ahli nya masih samar, bukan tunjuk jelas siapa ahli. Kalau dah tunjuk jelas, mana mungkin org awam yg pro PR nak dekat. Jadi kita dekati org awam tanpa mendedahkan identiti BWA.

Dekati org awam mcm biasa, tanpa perlu sebarang badge pengenalan, cuma kali ni kita ada guide utk bercakap, bukan bercakap ikut sedap mulut atau hentam kromo. Tanpa ilmu dan guide ini, akhir sekali yg jadi hanya bertengkar, bukan berdebat. Malah lagi teruk akan jadi caci hamun. Dekatilah dgn cara berhemah. Jangan terperangkap dgn provokasi setengah individu. Stick dgn apa yg diketengahkan.

Cuma harapan sy utk pihak Dato, kalau boleh BWA, biarlah ada satu guide yg boleh cytro kita ikut. Bila ada isu, kadang ada cytro kita yg takde sumber langsung. Sumber tu pula biarlah cepat, jangan tunggu berhari hari baru nak ada fightback utk setiap isu. Setiap hari yg kita lewat, isu fitnah dah meresap jauh ke minda org awam. Tengok saja contoh semasa PSY di Penang, yg jerit tak sokong tu hanya beberapa org, tapi bila fightback lambat dari pihak kita, benda sikit dah mula meresap jauh, kemudian jadi susah utk pihak cytro kita nak ketengah fakta.

Dan akhir sekali utk rakan rakan fb sekalian, jangan tertipu dgn beberapa groups dan pages yg menggunakan nama BWA yg kononnya dari kerajaan kerana dari pemantauan sy, sy dapati mereka ini pada mula nampak pro BN, tapi dlm halus mereka ubah ke arah satu lagi.

Teruskan berjuang, fahami dahulu fakta sebelum berdebat. Dan jangan termakan dgn provokasi. Fahamilah, memang itu tujuan mereka. Mereka provoke dan lompat topik utk menghilangkan fokus dan tumpuan kita.

-princejebat-

No comments:

Post a Comment