Wednesday, 24 December 2014
Writing an Essay
Tuesday, 23 December 2014
Wednesday, 19 November 2014
Ucapan perasmian Karnival Hari Keluarga & Anugerah Cemerlang SKCBW 2014
Thursday, 29 May 2014
MACAM MACAM CARA PENIPUAN
MACAM MACAM CARA PENIPUAN
Berlaku pada kawan seorang. Kawan sy seorang ni AJK PIBG satu sekolah. Pagi ini beliau terima satu panggilan dari seseorang yg mengaku bapa kepada salah seorang murid di sekolah tersebut. Pemanggil tersebut hendak menyumbang sebuah komputer baru kepada pihak sekolah melalui PIBG. Pemanggil mengaku kerja di Kastam Malaysia. Setelah ditanya tentang pekerjaan, si pemanggil mengaku bekerja di Jabatan Kastam. Kemudian offer utk menjual beberapa barang pampasan kastam dgn harga murah. Samsung Galaxy S4, penghawa dingin dan Smart TV antaranya. Katanya kastam lelong hari ni tapi kena bank-in duit sebelum pukul 12.00 tengahari dan barang akan dihantar ke sekolah tersebut pukul 1.00 petang. Bila kawan sy dengar Smart TV dilelong dgn harga tak sampai RM1K, beliau terus bank-in duit. Pukul 1 pun datang dan pergi. Bila dicuba hubungi nombor pemanggil tersebut, tak berjawab. Barang kemana, duit melayang. Akhirnya buat laporan polis.
Jadi kepada semua kawan2 fb, berhati-hati dgn tawaran2 yg indah bak pelangi ni. Jangan tertipu. Stay safe.
-JebatSobri-
Tuesday, 27 May 2014
Kisah TSNMY
Hari ini Admin nak ajak semua membaca sedikit.
Admin teringat satu kisah yang selalu diceritakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Admin pasti ramai yang ingat kisah ini.
------------------
Kisah benar ini berlaku satu petang dalam September 1953 di sebuah gerai di kampung bernama Ujong Batu Bagan Dalam,Pulau Pinang. Pada masa itu orang akan menyeberangi sungai menggunakan sampan ke Prai untuk menaiki keretapi ke Kuala Lumpur. Dan kebiasaannya mereka akan berhenti di gerai minum untuk melepaskan lelah.
Pada petang itu , seorang lelaki berpakaian 'bush jaket' dan bersongkok duduk dan berbual-bual dengan pemilik gerai bersama tiga tetamu lain.
Sambil menghirup kopi, beliau berjenaka untuk menggembirakan semua orang dan bercakap mengenai keadaan politik ketika itu sebelum meminta diri dan menaiki sampan untuk meneruskan perjalanannya.
Siapakah lelaki itu?
Beliau tidak lain adalah Tunku Abdul Rahman. Tunku pada masa itu, telah menjadi Presiden Umno . Beliau telah dilantik Ketua Menteri pada tahun 1955 dan kemudian menjadi Perdana Menteri pada Ogos 1957.
Dan siapakah pemilik gerai itu?
Beliau adalah Yakcop bin Mydin, Allahyarham ayahanda Tan Sri Nor Mohamed
Sejak dari hari itu beliau akan bercerita mengenai kisah Tunku Abdul Rahman telah singgah di gerai beliau kepada semua pelanggan, kadang-kadang berulang-ulang kali.
"Sepanjang sembilan tahun perkhidmatan saya sebagai menteri dari Januari 2004 hingga Mac 2013, saya sering pergi ke Ujong Batu untuk majlis-majlis rasmi dan setiap kali itu juga lah saya teringat kisah ayah saya itu.
Setiap kali itu juga, saya terfikir 'Adakah pernah terlintas ayah saya bahawa anaknya ini, yang ketika itu berusia enam tahun, akan menjadi menteri satu hari nanti?'
Pada zaman itu, harapan seorang bapa untuk anak-anaknya hanyalah menjadi seorang guru, kerani atau pembantu hospital.
Apabila Perdana Menteri, pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik saya menjadi seorang menteri, ia adalah sesuatu yang saya tidak pernah bayangkan boleh berlaku walaupun di dalam mimpi saya"
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selalu mengingatkan semua agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-nikmat yang Allah telah dilimpahkan kepada negara ini dan sentiasa menghargai titik peluh dan air mata nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia dan membina negara tercinta kita ini.
---------------
Sumber :
Nor Yakcop – the perfect host
Azman Ujang 15 July 2013
http://www.thesundaily.my/node/213841
Edit dan alih bahasa: Admin (PJ)
Thursday, 22 May 2014
Rusuhan Di DUN
Surat Terbuka Untuk PM
Surat Terbuka Untuk PM
YAB Perdana Menteri yg dikasihi.
Tujuan saya menulis ini hanya kerana melahirkan rasa kebimbangan kepada situasi politik di Malaysia lebih lebih lagi di dlm UMNO.
Saya hendak menyentuh sedikit tentang calon Pakatan Rakyat utk PRK Telok Intan. Walaupun saya orang UMNO, tetapi dalam hal ini saya terpaksa akui dgn tindakan DAP meletakkan calon semuda Dyana Sofya yg berumur baru 27 tahun itu. Umum tahu beliau adalah anak bekas org UMNO. Tapi kenapa beliau dan keluarga beliau beralih arah ke DAP. Jawapannya mudah, beliau kecewa dgn UMNO. Sepertimana ucapan beliau bahawa beliau tidak mungkin dapat merasa jadi calon didalam UMNO.
Mahu tidak mahu, kita kena akui inilah yang berlaku dlm UMNO. Paling tidak di dalam UMNO, kami cuma berpeluang menjadi setiausaha cawangan. Semua yang berusia sahaja diberi peluang utk menonjolkan diri. Individu yg muda tak diberi peluang utk menonjol diri. Kalau ada seorang individu yg mula menonjol diri dlm UMNO samada cawangan atau bahagian, individu tersebut akan dicantas oleh 'org lama' dalam UMNO. Ini jugalah yg berlaku kepada saya. Saya diboikot dlm cawangan oleh ketua cawangan saya kerana saya cuba menonjol diri sebagai ketua pemuda cawangan. Malah diperingkat bahagian, saya terbuang hanya kerana saya dilihat boleh mengganggu ketokohan ketua bahagian. Keadaan bertambah buruk, sampaikan satu program pun tidak diberitahu kepada saya selepas dapat tahu saya kini menyambung pelajaran dibidang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di OUM. Saya bekas pegawai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Selepas Tan Sri tak bertanding sy berkhidmat di UMNO Bagan dibawah Datuk Latiff Mirasa, kini dah jadi org terbuang di UMNO bahagian saya sendiri. Saya yang dulu berkhidmat utk masyarakat dibawah Pusat Khidmat YB BN dan dibawah UMNO bahagian, kini tinggal tercari cari arah.
Ramai lagi anak muda kita yg sayangkan UMNO, tapi semua kecewa dgn pimpinan UMNO diperingkat negeri, bahagian atau cawangan. Diperingkat pusat melaungkan transformasi, berjayakah transformasi tersebut jika diperingkat negeri, bahagian dan cawangan tak amalkan transformasi tersebut? Anak anak muda mcm kami, dilingkungan umur 25 ke 40, hanya dijadikan tukang pasang bendera pada masa PRU. Selebihnya suara kami tak diambil peduli.
Berbalik kepada calon DAP Teluk Intan, PR berani ambil risiko dgn mencalonkan calon muda, samada beliau dimana saya sebagai belia nampak peluang cerah beliau. Adakah beliau akan terus kekal menjadi org suruhan DAP atau akan jadi wakil rakyat bebas satu hari nanti, kita tak tau. Tapi beliau mampu bawa pembaharuan. Inilah pembaharuan yg kita perlukan didalam UMNO. Golongan belia diberi peluang utk melangkah jauh. Pada masa sekarang dibawah UMNO hanya ada sayap pemuda, parlimen belia dan belia4B. Tapi percayalah YAB Dato Seri, semua tu hanya sekadar nama. Pemuda UMNO tak memberi peluang yg cukup kepada golongan belia. Hanya org org tertentu sahaja dapat naik. Parlimen Belia hanya tinggal sebagai satu aktiviti. Belia4B pula terikat sekadar cakap kosong. Semua ini tak memberi peluang kepada ramai lagi belia yg mempunyai kebolehan yg sepatutnya. Di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri, semuanya dikawal oleh 'org lama' yg kononnya makan garam lebih. Kami golongan muda dilihat sebagai bayi yg masih mentah. Belia ditinggal sebagai aset memanjat tiang memasang bendera PRU dan dibiar melalak didalam media sosial sedangkan belia mcm kami lah yg banyak mempertahankan negara dan UMNO dimedan IT.
Apa yg kami perlukan diberi peluang sama utk memimpin, kerana ramai dikalangan kami mampu memimpin di dunia yg serba teknologi ini yg mana pada masa kini, kebanyakan pemimpin 'org lama' mengganggap teknologi tak membantu.
YAB Dato Seri, sebagai Bapa Transformasi, diharap dapat mentransformasikan UMNO, bukan keseluruhan, tapi walau sedikit, serapkan golongan belia mcm kami kedalam kepimpinan secara aktif, malah mungkin sebagai calon2 PRU, supaya UMNO kembali dapat menarik sokongan muda. Saya risau dgn tindakan terbaru DAP yg berani mencalonkan org muda dan melayu ini boleh menyebabkan ramai lagi anak melayu tertarik kepada DAP.
Tidak dinafikan PR menggunakan ramai khidmat org muda berbanding BN yg masih kekal dgn 'org lama'. Terguris hati bila baca kenyataan di facebook yg bergurau, kalau calon BN memang di telok intan, mungkin tahun depan kena buat PRK sekali lagi memandangkan usia calon kita yg agak berusia.
Terima kasih YAB Dato Seri kerana meluangkan masa membaca tulisan saya yg panjang ini. Maaf saya pohon andai apa yg saya katakan ini mengguris hati YAB Dato Seri.
Yang Benar,
********* (jebat)
*******
-Dulu, kini dan selamanya berdiri, bergerak dan berfikir sebagai bangsa 1Malaysia-