Thursday, 1 January 2015

Teks Ucapan Hari Orientasi Tahun 1

Selamat sejahtera.
< VIP >

1)    Bersyukur kita kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program Orientasi  
< nama sekolah >.

2)    Hadirin yang dihormati, Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1 seramai  <jumlah> orang yang telah diterima masuk ke < nama sekolah >.

3)    Selamat datang ke < nama sekolah >  dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 6 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar sini akan menjadi pelajar terbaik di sini.

4)    Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir sama pada hari ini. Hari orientasi begini amat penting untuk anak-anak kita agar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sekolah.

5)    Hari ini anak-anak kita dapat duduk di dalam kelas mereka buat pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari kelas-kelas di tadika.

6)    Pada 12 hb Januari pula anak-anak kita akan memulakan hari persekolahan rasmi untuk tahun 2015 ini. Para ibu bapa usah risau, memahami kedudukan anak-anak kita di Tahun Satu ini, para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan perjalanan sekolah.

7)    Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi. memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan semata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita.

8)    Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB(kumpulan sokongan ibu bapa)

9)     Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai.

10) Akhir kata, tuan puan sekalian, saya mengharapkan kita sama-sama dapat memastikan kecerlangan sekolah ini, demi kecemerlangan anak-anak kita.


11) Sekian terima kasih

1 comment: