KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?
KSIB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.
Objektif KSIB
-Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
-Mewujudkan sokongan berterusan.
-Mambantu apabila berlaku krisis.
-Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah.
-Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif.
-Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber.
-Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.
-Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain.
-Mendapat sahabat baru.
-Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.
Penubuhan KSIB
Penubuhan KSIB boleh mengikut saluran berikut :
1.Pemakluman PIBG kepada ahli-ahli dan soal selidik.
2.Edaran borang sukarelawan KSIB.
3.Adakan mesyuarat penubuhan KSIB PIBG :
a.Nyatakan kenapa KSIB ditubuhkan, apa yang hendak dicapai dan apa yang hendak dilakukan bersama.
b.Bentuk beberapa jawatankuasa untuk objektif yang khusus, contohnya :
i.silaturahim
ii.komunikasi
iii.pentadbiran
iv.dana serta kemahiran dan sebagainya
4.Adakan mesyuarat lanjutan bagi membentuk pelan tindakan dan rangka kerja.
5.Hubungi pihak yang dapat membantu seperti KEMAS, LPPKN, JKOA dan sebagainya dalam usaha mempertingkatkan kemahiran ibu bapa dalam aspek tertentu.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
No comments:
Post a Comment