Friday, 2 January 2015
Thursday, 1 January 2015
Teks Ucapan Hari Orientasi Tahun 1
Selamat sejahtera.
< VIP >
1) Bersyukur kita kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi sama-sama
menjayakan Program Orientasi
< nama sekolah >.
2) Hadirin yang dihormati, Seluruh warga
kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1
seramai <jumlah> orang yang telah diterima masuk ke < nama
sekolah >.
3) Selamat datang
ke < nama sekolah > dan sekali gus
menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 6 tahun yang akan datang.
Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar
sini akan menjadi pelajar terbaik di sini.
4) Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir
sama pada hari ini. Hari orientasi begini amat penting untuk anak-anak kita
agar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sekolah.
5) Hari ini anak-anak kita dapat duduk di dalam
kelas mereka buat pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari
kelas-kelas di tadika.
6) Pada 12 hb Januari pula anak-anak kita akan
memulakan hari persekolahan rasmi untuk tahun 2015 ini. Para ibu bapa usah
risau, memahami kedudukan anak-anak kita di Tahun Satu ini, para guru dan
pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-anak kita supaya dapat
membiasakan diri dengan perjalanan sekolah.
7) Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk
berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi.
memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan semata di atas
bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa
melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita.
8) Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar,
guru sentiasa bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa,
perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga
sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui
penyertaan PIBG atau KSIB(kumpulan sokongan ibu bapa)
9) Saya
mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi mencapai
tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama
ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai.
10) Akhir kata, tuan puan sekalian, saya
mengharapkan kita sama-sama dapat memastikan kecerlangan sekolah ini, demi
kecemerlangan anak-anak kita.
11) Sekian terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)